Lelaki Nyaris Maut, Kemalangan Dua Kereta Di Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di sini pagi tadi.

Difahamkan mangsa Peter Eng Poh Ming, 46 dari kereta jenis Daihatsu Charade tersepit di tempat kejadian manakala mangsa dari Toyota Avanza hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

“Dalam kejadian berlaku pada jam lebih kurang 7.30 pagi tadi kemalangan melibatkan dua kereta hingga menyebabkan pemandu dari kereta Daihatsu Charade tersepit ditempat duduk,” katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Jantung Kota Samarahan untuk menerima rawatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA