Lelaki Nepal Ditemukan Mati Dibunuh, Dihentak Objek Keras Di Kepala



KUANTAN - Seorang lelaki warga Nepal ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah bilik sewa di Lorong Rusa, Jalan Bukit Ubi di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa ditemukan terbaring dengan kesan darah di bahagian kepala dipercayai dihentak objek keras oleh teman wanitanya pada 4 petang semalam, ketika mengunjungi mangsa.

"Wanita berkenaan yang juga warga asing berusia 20-an kemudian bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis sebelum sepasukan anggota polis termasuk unit forensik bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis masih menyiasat motif utama pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA