Lelaki Maut Motosikal Bertembung Kereta Di Sri Aman


SRI AMAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan di kilometer 53, Rapak Jinggau Jalan Sri Aman-Kuching disini malam tadi.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 8 malam itu, sebuah kereta dalam perjalanan menuju ke Kuching bertembung dengan sebuah motosikal.

Mangsa yang dikenali sebagai Langkan Julak, 48 disahkan meninggal serta merta ditempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

“Setibanya anggota ke lokasi kejadian mendapati mangsa maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah dan sebahagian badan mangsa terperosok dibahagian bawah enjin kereta tersebut,”katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa namun identiti mangsa disahkan oleh penduduk kampung.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA