Lelaki 'Lalok' Mengamuk Di Satok


CEMAS… Satu rakaman video yang dikongsi Kelab Info Malaysia memaparkan insiden amukan oleh seorang lelaki dipercayai ‘lalok’ akibat ketagih hidu gam.

Menerusi klip rakaman amatur berdurasi hampir dua minit itu, kelihatan dua orang lelaki sedang bergelut di sebelah sebuah kereta Proton Wira berwarna perak.

Kejadian penuh debaran tersebut difahamkan berlaku di sebatang jalan di Satok, Sarawak baru-baru ini.

Menerusi video yang tersebar, seorang lelaki yang memakai baju T warna putih dilihat cuba menenangkan suspek yang berbaju coklat daripada terus mengamuk namun tidak berjaya.

Suspek dilihat semakin berang dan bertindak memukul kereta Proton Wira itu dengan sekaki payung sambil meraung-raung dan terbaring di atas jalan raya berkenaan.

Orang awam yang berada di sekitar hanya mampu memandang sahaja dan tidak berani untuk mendekati suspek.

Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki memakai baju T tersebut ialah pemilik kereta Proton Wira berkenaan atau tidak.

Kegiatan hidu gam bukan sesuatu yang asing lagi pada zaman kini. Fenomena ketagihan akibat khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA