Lelaki Kenakan Kekasih, Letak Ular Atas Punggung


Ini memang cari nahas. Ada ke patut, seorang lelaki telah meletakkan ular di tempat tidur kekasihnya hanya semata-mata untuk mengenakan wanita itu disebabkan dia takut ular.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Derek Deso turut menjemput kawan-kawannya untuk menyaksikan perbuatan berkenaan.

Ia menyebabkan wanita berkenaan yang sedang tidur, terkejut selepas tersedar dan mendapati terdapat dua ekor ular besar di sisinya.

“Sayang, jangan bergerak. Ada dua ekor ular di atas punggung awak,’’ kata Derek kepada teman wanitanya itu.

Meskipun wanita itu menjerit, namun Derek dan kawan-kawannya hanya ketawa. Video berkenaan telah dimuatnaik dalam media sosial dan ditonton 800,000 kali.

Ramai yang memuji Derek kononnya dia pandai mengenakan orang. Namun ramai juga yang mengecamnya dengan menyifatkan ia sebagai satu penderaan.

Malah ada yang menyumpah seranah Derek dan memberitahu jika mereka berada di tempat wanita itu, sudah lama Derek ditinggalkan. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA