• Lelaki Jatuh Sungai Rajang Ditemui

    Published: Friday, 18 November 2016
    A- A+

    SIBU: Seorang remaja yang dilaporkan jatuh di Sungai Rajang Rabu lalu ketika memunggah barang dari jeti ditemui pagi tadi.


    Mayat mangsa Chung Kin Soon, 20an ditemui pada jarak 4.2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

    Menurut jurucakap bomba, mayat ditemui berdekatan Tokong Buddha Jalan Bank pada jam 7.15 pagi tadi oleh orang awam.

    "Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.40 pagi tadi," katanya.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Jatuh Sungai Rajang Ditemui "