‘Lelaki Ini Gosok Kemaluannya Pada Saya Dalam LRT’

'Lelaki Ini Gosok Kemaluannya Pada Saya Dalam LRT'

SATU perkongsian seorang wanita menerusi laman Facebook memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang tidak pasti kerakyatannya ketika berada di dalam tren Putra LRT.

Menurut Syima Mohammad, kejadian dikatakan berlaku sewaktu di dalam perjalanan dari perhentian stesen Universiti dekat Universiti Malaya menuju ke Bangsar, di ibu negara pada Selasa lalu.

“Wanita, sila berwaspada dengan lelaki gatal ini. Lelaki berbaju kelabu dan memakai cermin mata ini telah mengambil kesempatan terhadap saya.

“Lelaki ini telah menggosok kemaluannya pada saya dalam LRT. Astaghfirullah. Tak pasti dia datang dari mana tetapi tolong ingat ingat muka lelaki ini.

'Lelaki Ini Gosok Kemaluannya Pada Saya Dalam LRT'

“Dia cuba sorokkan wajahnya ketika saya cuba merakam gambarnya dalam LRT yang agak padat pada waktu itu,” katanya.

Syima berkata, ekoran tindakan lelaki itu, dia menjerit dengan kuat dan memberi peringatan kepada penumpang wanita yang lain agar berhati-hati dan tidak berada dekat dengan lelaki terbabit.

Apa yang mengecewakan ialah tiada seorang pun individu yang tampil membantunya pada ketika itu meskipun dia menjerit berulang kali.

“Mungkin sesetengah orang fikir saya meroyan. Tetapi saya tak malu, yang patut malu adalah lelaki setan ini.

“Saya bukannya berdiri kaku membiarkan diri diperlakukan seperti itu. Saya bangkit memperjuangkan maruah saya di kala yang lain tidak endah dengan apa yang terjadi,” tegasnya.

Justeru, Syima meminta golongan wanita lebih berwaspada dan tidak mendiamkan diri apabila diperlakukan seperti itu.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub mendapati perkongsian tersebut mendapat perhatian serius netizen wanita yang kebanyakannya menggunakan perkhidmatan awam tersebut dan menasihati antara satu sama lain.

“Tua and tak sedar diri, sila meninggal,” kata Nadiaidayu Marzuki.

“Sila laporkan segera pada pihak Rapid KL dan PDRM, kalau tak dia akan terus lakukan benda tu,” kata Anizah Ranni.

Malah, seorang pengguna mendakwa lelaki terbabit sering dilihat berada di sekitar Stesen KL Sentral.

“Lelaki ini berada di mana-mana, sering terserempak dengannya di Stesen KL Sentral,” tulis Hazlinda Ridzuan. – MYNEWSHUB.CC



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA