Lelaki 'Halimunan' Hampir Maut Dibelasah Selepas Mencuri Di Pasar Awam



NUGU, NIGERIA: Seorang lelaki yang menyangka dia menjadi halimunan selepas membeli tangkal daripada seorang bomoh hampir maut akibat dibelasah orang ramai apabila ditangkap mencuri di sebuah pasar di sini baru-baru ini.

Lelaki itu ditangkap ketika sedang membawa keluar sejumlah daging yang dimasukkan ke dalam guni di tempat penyimpanan di pasar berkenaan.

Lebih malang lagi, suspek turut dibogelkan sebelum dibelasah orang ramai.

Dia juga hampir dibunuh tetapi sempat diselamatkan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian.

Siasatan polis mendapati suspek sering mencuri daging di pasar berkenaan sebelum menjualnya dengan harga yang lebih murah.  - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA