Lelaki Ditemui Mati Dalam Longkang Di Stakan


KUCHING: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam sebuah longkang di Jalan Stakan, Kota Sentosa, semalam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Chong Yee, 40, merupakan salah seorang penghuni rumah di kawasan setinggan tersebut.

Menurut sumber, mangsa dikatakan duduk di tepi longkang sebelum dipercayai terjatuh ke dalam longkang.

“Mangsa ditemui oleh jiran sekitar jam 1.30 petang yang kemudiannya menghubungi pihak polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA