Lelaki Cemas Chopstick Tersekat Dalam Kemaluan


NGILU dan ngeri membayangkan situasi terpaksa dialami seorang lelaki di China apabila sebatang chopstick atau penyepit makanan diperbuat daripada besi tersangkut di dalam zakarnya dan gagal dikeluarkan.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, mangsa pada mulanya mendapati darah keluar bersama-sama air kencingnya, lalu memandai-mandai bertindak memasukkan chopstik ke dalam kemaluannya untuk mengenal pasti punca masalahnya itu.

Akibatnya, lelaki yang berasal dari wilayah Zhejiang dikenali dengan nama Chen itu terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menerusi imbasan x-ray yang dilakukan ke atas Chen, chopstick berkenaan telah tertusuk hingga ke bahagian rektumnya.

Jadi doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan ke atasnya untuk mengeluarkan penyepit tersebut.

Menurut doktor yang merawatnya, tindakan itu boleh membawa maut sekiranya Chen menolak objek berkenaan lebih jauh ke dalam kemaluannya.

Namun, Chen bernasib baik kerana dengan kepakaran yang dimiliki oleh doktor tempatan itu telah berjaya mengeluarkan chopstick itu dari ‘asetnya’ itu.

Terdahulu seorang lelaki berusia 18 tahun yang berasal dari Liuzhou di Wilayah Guangxi menderita kesakitan selama dua hari apabila cincin kahwin tersekat pada kemaluannya.

Akibat tidak dapat menanggung lagi kesakitan, mangsa akhirnya meminta bantuan perkhidmatan kecemasan.

Mangsa dibawa ke hospital dan anggota bomba mengambil masa 90 minit untuk ‘membebaskan’ kemaluannya. - mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA