Lelaki Bunuh Diri Trauma Lihat Wajah Asal GF



SEORANG lelaki dikenali sebagai Chew Kok nekad membunuh diri dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah selepas trauma dan kecewa dengan wajah teman wanitanya.

Menurut sebuah portal, Kok dan teman wanitanya yang dikenali sebagai Ella Fister (bukan nama sebenar) menjalin hubungan cinta menerusi alam maya selama 5 bulan.

Malah difahamkan pasangan ini juga tidak pernah berjumpa secara berdepan antara satu sama lain tetapi kerap bertukar-tukar foto masing-masing.

Tambah laman itu lagi, Ella merupakan seorang wanita yang terlalu obses dengan aplikasi untuk mengedit foto seperti Candy Cam, Camera 360 dan Photoshop. Bahkan Ella juga gemar mengenakan make up yang tebal untuk kelihatan lebih cantik.

Akibat terlalu kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan wajah sebenar teman wanitanya itu bertindak terjun dari aras berkenaan kerana rasa tertipu.

Kok dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika pasukan kecemasan tiba.

Walau bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian berlaku tidak dapat dipastikan kerana portal berkenaan tidak menyatakannya. -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA