Lelaki ‘Berlakon’ Sebagai Doktor Ditahan

Lelaki 'Berlakon' Sebagai Doktor Ditahan
“SUDAHLAH menyamar, kemudian halau orang pula.”

Itu reaksi seorang wanita yang berpuas hati setelah polis berjaya menangkap seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dalam kejadian di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, di sini, awal pagi tadi.

Suspek berusia 35 tahun itu dipercayai memasuki Wad Bendahara di HRPZ II, kira-kira pada jam 1 pagi ketika mangsa sedang melawat ahli keluarganya yang berada di wad berkenaan.

Menurut mangsa, suspek yang memperkenalkan diri sebagai doktor bertindak menghalau mangsa yang sedang menunggu, menyebabkan dia mengadu perkara itu kepada jururawat bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu, berkata suspek yang berasal dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan polis.

“Sebaik jururawat menghampiri katil pesakit berkenaan, lelaki itu didapati bukan doktor dan tidak dikenali.

“Jururawat berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan suspek ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Suspek ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengesahan kakitangan hospital HRPZ II,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas menyamar sebagai penjawat awam. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA