Lebih 200 banduan merusuh di penjara Britain


LONDON: Polis Britain berusaha menyuraikan rusuhan di penjara membabitkan kira-kira 200 banduan yang tercetus beberapa hari selepas persatuan wadar memberi amaran mengenai 'mandi darah' di kemudahan tahanan negara itu.

Polis, ambulans dan bomba dipanggil ke penjara di Bedford, tengah England kira-kira jam 5 petang waktu tempatan pada Ahad selepas rusuhan mula tercetus.

Setiausaha Agung Persatuan Pegawai Penjara (POA), Steve Gillan menganggarkan sehingga 200 banduan terbabit.

"Wadar penjara di tempat kejadian sudah dibawa ke tempat selamat, jadi banduan berkeliaran dalam jumlah yang besar.

"Kia tidak tahu jika kejadian itu boleh berubah menjadi rusuhan besar-besaran kerana ia boleh bertukar dengan cepat dalam sekelip mata," katanya.

Jurucakap polis berkata, jumlah wadar penjara yang bekerja dengan kakitangan untuk menyelesaikan insiden di penjara Bedford yang kini menampung kira-kira 500 banduan.

Susulan kejadian itu, jurucakap perkhidmatan penjara memberi amaran bahawa hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

"Kita dapati banduan yang bertindak dengan cara begini akan dihukum dan akan menjalani hukuman lebih lama dalam penjara."

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas ketua POA, Mike Rolfe memberi amaran mengenai keadaan di penjara Britain yang semakin teruk.

"Ia seperti mandi darah di penjara pada ketika ini. Pastinya kakitangan patah semangat, hilang semua moral dan semua motivasi," katanya kepada BBC Radio Four.

Bulan lalu, seorang banduan berusia 21 tahun ditikam mati di penjara Pentonville, London. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA