Lapangan Terbang California Dilanda Banjir Buih



CALIFORNIA: Lapangan terbang Mineto San Jose 'ditenggelami' buih selepas sistem pemadam api kebakaran gagal berfungsi.

Menurut News.com, buih yang dihasilkan sistem berkenaan terlalu banyak sehingga melimpah ke garaj pesawat penerbangan dan kawasan persekitaran.

Buih tersebut dihasilkan bahan kimia kalis api (fire-retardant) dan berisiko menyebabkan kegatalan kulit jika disentuh.

Bagaimanapun, orang awam dilaporkan 'degil' dan tetap bermain dengan buih-buih tersebut.

"Bagaikan parti buih yang gagal," kata wartawan tempatan, Jonathan Bloom.

Kapten Bomba Mineto San Jose, Mitch Matlow berkata, sistem tersebut 'terlebih berkesan'.

"Kalau ada kebakaran, sistem ini memang sudah memadamkan kebakaran sekelip mata," kata Mitch.- Sinar Harian

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA