Lagu 'Perening' Julang Nama Hairee



KUCHING : Lagu 'Perening'  mendapat pingat perak kategori lagu rock terbaik di Anugerah Voice Independent Music Award (VIMA) 2014 yang dilangsungkan di Subang yang disertai penggiat seni muzik seluruh Asia.

Ia merupakan pencapaian terbaik penggiat seni muzik Dayak Sarawak.

Penyanyi dan Komposer muda Hairee Francis,21, adalah komposer lagu 'Perening' yang dinyanyikan oleh kakak beliau Melissa Francis telah mencipta sejarah sebagai antara lagu Dayak yang terbaik di Asia.



Menurut Hairee, itulah pencapaian terbaik beliau sejak menceburi bidang hiburan tempatan dan anugerah tersebut merupakan sumbangan terbaik bagi mengangkat martabat muzik Dayak ke peringkat Asia.

"Sejak usia 16 tahun saya sudah bergiat dalam muzik dan 6 tahun telah bergiat aktif dalam bidang rakaman album.

"Perkembangan terbaru saya ialah mengeluarkan single terbaru bertajuk 'Ketegal Jaku Urang' yang sudah berada dipasaran," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Hairee, beliau sebelum ini lebih menonjol dalam band muzik yang terdiri daripada adik beradik beliau sendiri.



"Band tersebut diberi nama Hairee And Angels terdiri daripada saya sendiri, Rickee Francis, Frankee Francis dan Melissa Francis yang dibawah naungan Platinum World Network.

"Lagu Semina Nuan Sulu, Aku rindu, dan Anchur Atiku merupakan lagu yang popular pada masa kini dikalangan peminat setia Hairee And Angels," ujarnya.

Menurut Hairee, beliau akan terus memperjuangkan muzik Dayak sehingga mencapai sasaran yang beliau impikan selama ini.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA