KWSP Perkenal Akaun Emas


KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan Akaun Emas, sebuah simpanan persaraan kedua terbaharu untuk ahli berumur 55 tahun dan ke atas yang berkuat kuasa 1 Januari 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, ia merupakan salah satu inisiatif di bawah penambahbaikan skim KWSP yang terkandung di dalam Akta KWSP 1991, di mana semua caruman baharu yang diterima selepas umur 55 tahun akan secara automatik dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun.

"Memandangkan purata rakyat Malaysia kini bekerja selepas umur 55 tahun dan umur persaraan minimum adalah 60 tahun, KWSP telah memutuskan untuk menyediakan dana persaraan kedua iaitu Akaun Emas untuk memelihara simpanan ahli dari umur 55 ke 60 tahun.

"Penambahan simpanan dalam jangka masa lima tahun ini akan memberi manfaat kepada ahli apabila bersara kelak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai penambahbaikan skim KWSP. - Kosmo

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA