• Kurang 300 Orang Sertai BERSIH Sarawak, Perhimpunan Dihentikan Awal

    Published: Saturday, 19 November 2016
    A- A+

    KUCHING: Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dijadualkan berlangsung sehingga 11 malam ini terpaksa dihentikan awal atas faktor cuaca.

    Bermula jam 4 petang, perhimpunan tersebut mula ditinggal peserta kira-kira jam 5.15 petang disebabkan hujan lebat.

    Lebih memeranjatkan lagi, sasaran Naib Pengerusi BERSIH Sarawak, Anne Teo, 5,000 peserta akan hadir tidak menjadi kenyataan.

    Seperti penganjuran lepas di Sarawak, perhimpunan kali ini turut tidak mendapat sambutan dan dianggarkan tidak sampai 300 peserta hadir.

    Malah penganjur turut mengakui anggota keselamatan lebih ramai daripada peserta perhimpunan tersebut.

    Selain itu, jawatankuasa penganjur BERSIH Sarawak juga degil kerana tidak mengendahkan larangan menggunakan Panggung Udara sebagai tapak perhimpunan.

    Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai sebelum ini tidak membenarkan lokasi tersebut digunakan untuk berhimpun disebabkan masih dalam penyelenggaraan.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Kurang 300 Orang Sertai BERSIH Sarawak, Perhimpunan Dihentikan Awal "