KPN Nafi Dakwaan Nur Misuari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari bahawa kononnya warga Malaysia terlibat dengan insiden penculikan di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000.

"Itu dakwaan dia, yang menjadi masalah kepada kita adalah orang dia...orang dia yang penjenayah menculik rakyat kita, sepatutnya jaga orang dia. Kenapa kita pula yang dipersalahkan?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut laporan media, Nur Misuari dalam siaran langsung televisyen di Filipina mendakwa beberapa pemimpin Malaysia terlibat dalam insiden penculikan warga asing di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000, dan beliau mempunyai bukti mengenai perkara itu.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA