• KPM Nafi Viral Kertas Peperiksaan Sejarah SPM Bocor

    Published: Wednesday, 9 November 2016
    A- A+




    PUTRAJAYA: Tidak berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu menafikan berita tentang kebocoran kertas peperiksaan tersebut seperti yang disebarkan melalui media sosial.

    “Siasatan telah dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, KPM amat kesal dengan kenyataan yang tidak benar tersebut dan menasihatkan agar perkara pemalsuan maklumat tidak dijadikan bahan viral kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

    “Justeru pihak KPM tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekiranya perkara ini masih diviralkan oleh netizen,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " KPM Nafi Viral Kertas Peperiksaan Sejarah SPM Bocor "