Kotak Hitam Pesawat Terhempas Di Colombia Ditemui



LA UNION: Pekerja kecemasan menjumpai kotak hitam bersama data penerbangan dan rakaman suara kokpit pesawat yang terhempas di pergunungan Colombia yang turut membawa pasukan kelab bola sepak Brazil semalam.

Gabenor Wilayah Antioquia, Luis Perez Gutierrez, berkata kedudukan dua kotak hitam pesawat sewa khas berkenaan sudah dikenal pasti disusuli pengesahan penemuannya oleh pegawai penerbangan awam.

Setakat ini tiada butiran mengenai berapa lama proses menganalisis kandungan data dalam kotak hitam berkenaan.

Nahas semalam mengorbankan 71 orang di dalam pesawat termasuk pemain kelab Chapecoense Real, namun enam dilaporkan terselamat.- Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA