Kota Samarahan Akan Terus Dilimpahi Pembangunan



KOTA SAMARAHAN : Pembangunan berterusan yang memberi manfaat kepada masyarakat sudah pasti akan dilaksanakan selepas Majlis Daerah Samarahan (MDS) dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Dato' Idris Buang berkata, usaha Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah antara pemimpin yang banyak kepada pembangunan kawasan tersebut.

"Sumbangan rakyat terhadap pembangunan Kota Samarahan turut tidak dapat dipertikaikan kerana rakyat telah bekerjasama bersama pemimpin terdahulu untuk mencapai hasil seperti hari ini.

"Inilah manafaat yang terbaik penduduk dapat apabila usaha pemimpin terdahulu dan rakyat setempat berusaha keras dan bekerjasama untuk memacu pembangunan Samarahan secara berterusan," katanya kepada Sarawakiana ketika hadir ke Pelancaran Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Samarahan di sini.

Beliau turut menjelaskan, kehendak rakyat akan terus diperjuangkan agar impian mereka menjadi kenyataan.

"Perancangan saya untuk masa depan adalah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik untuk seperti mewujudkan hospital dan mengadakan sistem yang baik untuk pembuangan sampah supaya Samarahan menjadi sebuah bandar yang cantik dan bersih.

"Apa yang pasti, saya akan berusaha untuk menjadikan Kota Samarahan sebagai hab pelancongan yang akan menjadi sebuah pusat penyumbang ekonomi terbesar kepada negeri," ujarnya.

Menurut Idris lagi, anak muda turut tidak dilupakan kerana banyak lagi peluang yang akan diwujudkan terutama dalam bidang ekonomi, sukan dan sebagainya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA