'Kota Ilmu' Akan Terus Jadi Tumpuan



KOTA SAMARAHAN : Dengan jolokan 'kota ilmu', Kota Samarahan sudah pasti menjadi tumpuan masyarakat bukan sahaja pelajar universiti tetapi ahli akademik dan pekerja dalam sektor awam.

Majlis Daerah Samarahan (MDS) yang dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) memang tepat pada masanya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Buang Bolhassan berkata, bukan sekadar menukar nama dari MDS kepada MPKS sebaliknya limpahan pembangunan sudah pasti dilaksanakan di Kota Samarahan.

Menurutnya, sudah pasti seluruh rakyat bersyukur dengan pengisytiharan tersebut dan sewajarnya Kota Samarahan dinaik taraf memandangkan terdapat banyak universiti dan pusat ilmu.

"Malah ia juga mempunyai fasiliti yang mencukupi dan peningkatan populasi penduduk menyokong kepada penaikan taraf Kota Samarahan.

"Peruntukkan yang lebih banyak akan diperolehi dan peluang menjana ekonomi akan terbuka lebih luas lagi untuk diterokai justeru mampu meningkat tahap ekonomi penduduk," katanya kepada pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.



Ketua Masyarakat Kampung Moyan Hulu, Saini Derus pula berterima kasih kepada kerajaan kerana menaik taraf Kota Samarahan.

"Hasil daripada naik taraf ini, kawasan pesisir akan menikmati limpahan peruntukan untuk membangunkan kampung-kampung.

"Turut merasa nikmat ialah golongan usahawan kecil kampung akan dapat menggembangkan perniagaan disamping kampung-kampung akan terus memperolehi pembangunan yang sepatutnya," ujarnya.



Penghulu Kampung Asajaya Hulu Dahlan memberi pendapat bahawa sudah sepatutnya Samarahan dinaik taraf memandangkan kawasan tersebut memiliki fasiliti yang mencukupi.

"Terutamanya kewujudan universiti memudahkan penduduk kampung menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran tanpa meghantar terlalu jauh.

"Peluang pekerjaan untuk warga Kota Samarahan turut bertambah dimana terdapat banyak pusat industri dan baru-baru ini Kompleks Makmal Kajian Tanah Gambut dibina di sini dan memudahkan peluang perniagaan dalam bidang pertanian diterokai.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Kota Samarahan di sini pagi tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA