Konvokesyen UNIMAS Ke-20 Catat Jumlah Tertinggi Graduan


KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melakar sejarah baharu apabila 4,275 graduan terlibat konvoksyen ke-20 tahun ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, jumlah tersebut merangkumi graduan yang menerima ijazah pelbagai peringkat pengajian iaitu ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana dan ijazah sarjana muda.

“Daripada jumlah tersebut, 67 orang adalah graduan doktor falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (337 orang) dan Ijazah Sarjana Muda (3,871 orang),” katanya pada sidang media mengenai Pra-Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak Kali ke 20 di sini sebentar tadi.

Beliau berkata Konvokesyen Ke-20 akan berlangsung selama empat hari dalam empat sidang bermula 14 sehingga 17 November 2016 bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA) UNIMAS.

Menurutnya, pengisytiharan majlis konvokesyen ke-20 pada sidang pertama akan disempurnakan oleh Tun Canselor UNIMAS, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Pada sidang pertama pada 14 November 2016 juga dijadakan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Tranfsormasi Komuniti Luar Bandar) kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang,” tambahnya lagi.

Kadim berkata, selain itu diadakan penyampaian Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam akademik dan ko kurikulum sepanjang pengajian di universiti.

“Sidang pertama turut menyaksikan penyerahan ijazah kepada graduan dari Pusat Pengajian Siswazah searamai 404 orang dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia 675 orang.

“Naib Canselor berkata, sidang kedua pula pada 15 November 2016 akan disempurnakan oleh Ketua Menteri merangkap Pro Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem sekaligus menyerahkan ijazah kepada graduan dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan seramai 529 orang dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif seramai 703 orang.

“Manakala penyerahan ijazah pada sidang ketiga pada 16 November 2016 akan disempurnakan oleh Pro Canselir UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang untuk graduan Fakulti Sains Sosial seramai 621 orang dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan seramai 175 orang,” jelasnya

Beliau menambah, sidang keempat pada 7 November 2016 akan disempurnakan oleh Tun Canselor UNIMAS, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk graduan dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber seramai 612 orang, Fakulti Kejuruteraan seramai 343 orang dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seramai 213 orang.

Sementara itu, sepanjang minggu konvokesyen ini, UNIMAS juga menganjurkan Festival Konvokesyen 2016 (UNIMAS Confest 2016) yang menyediakan lebih dari dua puluh aktiviti menarik untuk para pengunjung bermula 1 hingga 19 November ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah seperti citrawarna, pertandingan nasyid UNIMAS, pertandingan mewarna tadika, karnival sukan ConFest, the pelikat’s run, joran pesta konvo, festival muzik, UNIMAS project X, pesta buku konvo, konsert perdana, autoshow 2016 dan banyak lagi.

Turut dibuka gerai-gerai makanan dan minuman, gerai menjual pakaian, tudung dan sebagainya serta gerai fotografi, bunga dan cenderahati. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA