Komputer Judi Bernilai RM3.7 Juta Dirampas


KAJANG - Sejumlah 13, 452 unit komputer perjudian haram berjumlah lebih RM3.7 juta dirampas pihak polis di sekitar kawasan Kajang sejak tahun 2014 hingga 2015.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, rampasan tersebut hasil daripada 540 serbuan yang dilakukan menerusi Op Dadu dan Judi Online sepanjang tempoh tersebut.

"Sebanyak 313 kes telah dituduh manakala 227 kes di peringkat perbicaraan dan masih menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Selangor.

"Polis dan pihak berkuasa tempatan sentiasa mengalu-alukan maklumat tepat dan sahih daripada masyarakat dalam membanteras kegiatan perjudian haram," kata di sini sebentar tadi.

Othman berkata demikian selepas majlis pelupusan barang kes komputer perjudian haram di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - K! ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA