Kelvin Jurusolek Muda Berbakat



KUCHING : Di sebalik kehangatan anugerah muzik Dayak, peranan jurusolek artis memang tidak dapat dipertikaikan.

Anak muda Kelvin Kedit Bucking 23, berkata, tugas sebagai jurusolek artis bukanlah sesuatu yang dianggap mudah kerana terpaksa kreatif menghasilkan solekan yang sesuai dengan artis serta tidak mencacatkan majlis.

"Sebagai jurusolek muda, saya berasa berbangga diberi kepercayaan untuk memberi solekan yang berkualiti untuk artis tempatan agar lebih menyerlah dalam penampilan masing-masing.

"Walaupun baru dua tahun menceburi bidang ini, saya tidak akan melepaskan setiap peluang yang diamanahkan agar majlis berjalan dengan lancar," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut beliau, walaupun hanya bertugas dibelakang tabir, dalam upacara besar seperti anugerah muzik Dayak beliau tetap membuktikan setiap tugas dijalankan dengan komitmen yang penuh.

"Sejak menceburi bidang ini, saya pernah melakukan solekan kepada artis popular muzik Dayak seperti Karen Libau, Leez Zwita dan lain-lain.

"Saya mengharap akan terus diberi peluang oleh anugerah muzik Dayak untuk bersama-sama meneruskan upacara berprestij tersebut di masa akan datang," ujarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA