Keterlanjuran Gadis Di Sibu Terbongkar Atas Sekeping Surat


SIBU: Seorang lelaki berusia 32 tahun direman tujuh hari selepas penemuan sepucuk surat dirumah gadis bawah umur Jalan Oya di sini kelmarin.

Memetik laporan akhbar tempatan, penemuan surat berkenaan mengejutkan ibu bapa mangsa setelah membaca isi kandungan surat berkenaan bertanyakan mengenai kitaran haid.

Curiga dengan isi kandungan surat berkenaan ibu bapa suspek memangil anak gadis mereka dan memintanya untuk menceritakan hal yang sebenar berlaku antara mereka.

Mangsa pada mulanya berdiam diri enggan menceritakan hal sebenar namun diasak dengan pertanyaan berkali-kali oleh ibu bapanya sebelum mengaku pernah mengadakan hubungan seks bersama suspek.

Kecewa dengan penjelasan tersebut, ibu bapa mangsa akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA