• Kes Sg Arip: Tahanan Reman 10 Individu Dilanjutkan

    Published: Thursday, 3 November 2016
    A- A+

    foto UB

    MUKAH: Tahanan reman sembilan lelaki yang ditahan berhubung kes tembak mati di Sg Arip, Balingian dilanjutkan selama dua hari oleh Mahkamah Majistret Mukah pagi tadi.

    Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Penyau, tempoh tahanan reman untuk sembilan suspek dari Miri dilanjutkan hingga 5 November ini.

    "Mereka (sembilan orang) mendapat reman untuk dua hari," katanya.

    Lanjutan tempoh tahanan tersebut dibacakan dihadapan Timbalan Pegawai Daerah Dalat Ismail Kasah untuk siasatan dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    Manakala seorang lagi suspek turut dilanjutkan tempoh tahanan reman selama enam hari (sehingga 9 November 2016) bagi siasatan kes dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Sarawakiana


  • No Comment to " Kes Sg Arip: Tahanan Reman 10 Individu Dilanjutkan "