Kerajaan Keluar Garis Panduan Optima Perbelanjaan Ubat Hospital Kerajaan



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan satu garis panduan untuk mengoptimakan perbelanjaan ubat, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Garis panduan tersebut adalah seperti berikut:

1. Membudayakan penggunaan ubat-ubatan secara rasional, mengelakkan polifarmasi yang tidak wajar dan memperkasakan kawalan terhadap perbekalan dan penggunaan ubat-ubat pakar.

2. Mengutamakan penggunaan ubat-ubat generik berbanding dengan ubat inovator

3. Meneruskan amalan bekalan ubat bagi penyakit kronik secara berperingkat. Tempoh bekalan ubat susulan harus dihadkan kepada satu bulan sahaja.

4. Menggalakkan pesakit membawa baki ubat semasa mendapatkan bekalan ubat susulan di kaunter farmasi. Perbekalan atau penambahan ubat akan dibuat secara topup terhadap baki ubat yang sedia ada.

5. Menggalakkan pesakit membawa ubat-ubatan yang sudah diambil apabila dimasukkan ke dalam wad. Pegawai farmasi akan menilai keadaan ubat tersebut dan menggunakannya jika ubat tersebut masih perlu diteruskan semasa rawatan di dalam wad.

6. Memperketatkan kawalan terhadap penggunaan ubat yang memerlukan kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan.

7. Memperkukuhkan perolehan, penyimpanan dan penggunaan ubat-ubatan dengan memastikan tiada berlaku pembaziran.

Beliau menjelaskan perkara tersebut ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Kubang Kerian Ahmad Baihaki Atiqullah yang meminta supaya kerajaan menyatakan langkah penyelesaian yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan.- klxpress

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA