Keputusan Terhadap IPG Sarawak Diketahui Selepas Perbincangan


KUCHING: Keputusan samada ada untuk menutup dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak hanya akan diketahui selepas perbincangan dalam satu mesyuarat dengan exco pendidikan dalam waktu terdekat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang tidak mahu IPG di negeri ini ditutup atau ditransformasikan menjadi Politeknik atau Kolej Vokasional.

“Kita telah memberi penjelasan bahawa kita mempunyai IPG negeri yang terlalu banyak dan kita kena unutilized sebab penempatan guru disemua jenis sekolah.

“Maka dengan bilangan IPG yang begitu banyak, Kementerian Kewangan juga memberi nasihat kepada kita supaya mengoptimumkan kemudahan dalam bajet sekarang,” kata Chong kepada BNBBC News

Chong menjelaskan perkara tersebut ketika ditemu pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Walaubagaimanapun, biarlah kita berbincang dengan exco-exco pendidikan terlebih dahulu, kita akan tetapkan dalam masa yang terdekat,” tegasnya.

Adenan ketika merasmikan Hari Wanita peringkat negeri di Stadium Tertutup dekat sini pada Sabtu menyifatkan keputusan kerajaan pusat untuk mentransformasi Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional sebagai keputusan bodoh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu mencadangkan sejumlah sembilan IPG “yang tidak digunakan” di seluruh negara akan ditransformasikan menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional sebagai memenuhi keperluan insdustri. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA