Kenapa Cina DAP Dengki Najib Majukan Melayu Di Pantai Timur?


Selepas kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia menerima perkembangan berterusan khususnya dalam infrastruktur sejak dari zaman Merdeka lagi, kini tindakan Perdana Menteri lebih terarah kepada pemerkasaan ekonomi di kawasan berkenaan.

Berbanding Perdana Menteri sebelum-sebelum ini yang lebih fokus kepada pembangunan infrastruktur, Datuk Seri Najib Razak dilihat sedang dalam usaha untuk membawa keadilan pembangunan kepada seluruh Malaysia.

Jika di Sabah dan Sarawak Najib hadiahkan Lebuhraya Pan Borneo, di sekitar Pantai Barat Semenanjung pula lebih tertumpu kepada isu-isu kritikal seperti perumahan rakyat dan harga tol.

Kini, Najib terus mengorak langkah dengan cuba membawa kemajuan yang seimbang kepada penduduk di Pantai Timur Semenanjung pula.

Pada 15 Mac 2016 lalu, Kerajaan Malaysia mula memperkenalkan projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) yang melibatkan kawasan seluas lebih 66,000 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia.

Untuk projek terbaru iltizam Najib ini, ia akan merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta daerah Mersing di Johor. Serta projek ini bakal memanfaatkan penduduk lebih dari 4.43 juta orang (2014).

Seperti yang umum sedia maklum, kepadatan penduduk di Pantai Timur Semenanjung adalah dari bangsa Melayu yang banyak berorientasikan ekonomi pertanian dan industri asas tani. Maka dengan adanya ECRL ini di kampung mereka, semestinya akan wujud lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih setanding dengan kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Selain daripada mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu, ECRL juga dapat memudahkan pemasaran produk tempatan khususnya dari Kelantan dan Terengganu ke Lembah Klang. Pastinya perkara ini dapat melonjakkan lagi 'duit poket' penduduk kawasan berkenaan.

Soalnya sekarang, kenapa segelintir Cina DAP agak dengki dengan usaha Najib ini? Berdosakah Najib mahu berusaha melonjakkan ekonomi bangsa Melayu khususnya di kawasan yang masih berstatus luar bandar? Adakah kekayaan negara hanya untuk dibahagi kepada kawasan bandar dan pemain-pemain industri semata?

Terdahulu gabungan pembangkang yang dipelopori DAP membuat dakwaan semberono bahawa projek berkenaan hanya helah bagi menutup hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tuduhan berkenaan dipetik berdasarkan media asing iaitu Sarawak Report. - Beruang Biru

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA