Kementerian Pendidikan Siasat Dakwaan Sindiket Jual Soalan SPM



PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan adanya sindiket penjualan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, pihaknya memandang serius berita yang dilaporkan dalam akhbar berbahasa Cina yang disiarkan semalam.

"Kementerian sedang menjalankan siasatan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

"Tindakan ke atas mereka akan diambil dan akan didakwa oleh pihak berkuasa," katanya.

Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berlakunya kebocoran kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Kementerian itu juga berkata siasatan dijalankan Lembaga Peperiksaan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran kertas tersebut dan tiada keperluan untuk menduduki peperiksaan ulangan.

-- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA