Kementerian Kesihatan Siasat Kes Culik Bayi Di Hospital Tanah Merah


PUTRAJAYA: Siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan bagi menyiasat kes seorang bayi perempuan berusia lima hari yang diculik dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah, Kelantan malam tadi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital memandangkan setiap wad dikawal dengan tahap sekuriti yang tinggi.

"Kita ada prosedur dan sistem keselamatan untuk bawa bayi keluar dan sesiapa pun tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran keluar bagi memastikan keselamatan bayi di wad terjamin," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Kebangsaan 2016 di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian membabitkan seorang bayi perempuan berusia lima hari yang diculik oleh suspek yang merupakan sepasang suami di Hospital Tanah Merah, Kelantan kira-kira pukul 6.47 petang semalam.

Hasil tindakan pantas polis bayi tersebut dikesan berada dalam jagaan sepasang suami isteri berusia 20-an di Selising, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 10 malam tadi. - K! ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA