Kebergantungan Wakil Rakyat Kepada Undi Cina DAP

Ahli politik ada pelbagai gaya, pelbagai strategi malah kepelbagaian tersebut bukan lagi satu perkara yang pelik hanya kerana nafsu ingin lagi menjadi wakil rakyat bukannya ingin menjadi wakil kepada rakyat.

Contoh terkini, apa yang Khalid Samad buat di Shah Alam sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen di situ? Sekadar ingin bergelar wakil rakyat atau ahli parlimen sahajakah? Cukup bulan, bawa kad ATM dan cucuk lalu menikmati hidup bagaikan orang kaya yang bertungkus lumus membina empayar perniagaan?

Kesian orang Shah Alam. Apa yang mereka nikmati sekarang adalah hasil peninggalan usaha keras pemimpin UMNO BN Selangor 8 tahun yang lalu. Kesempatan ini diambil oleh pemimpin atau wakil rakyat pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP. Apa yang baharu di Shah Alam atau di Selangor? Pintu Gerbang Selangor pun dijadikan bahan untuk mengaut keuntungan laba. RM10juta untuk kerja mengecat yang dikategorikan kerja ubah suai? Apa yang diubah? cat?

Rakyat Selangor jangan mudah tertipu. Laungan, pekikan dan lalakan pemimpin pakatan harapan pimpinan DAP – “wang rakyat, duit rakyat” sebenarnya hanya untuk alihkan pandangan betapa gagalnya mereka mentadbir Selangor dan negeri-negeri lain yang di bawah kekuasaan mereka. Ada mata lihat sendiri di tempat masing-masing, apa yang berubah? Jalan bertambah besar dan panjang? Kemudahan infra lain untuk rakyat bertambah atau semakin teruk atau besarnya lubang jalan negeri sehingga boleh dikategorikan sebagai telaga?

Ratusan juta ringgit kerajaan pusat salurkan kepada Selangor. Kemana semua duit tersebut. Kalau yang tinggal di bandar. Anda boleh lihat jalan-jalan negeri umpama gelangggang motorcross.

Itu cerita Khalid sebagai contoh bagaimana wakil rakyat pakatan harapan pimpinan DAP yang berbangsa Melayu terpaksa menggunakan talian hayat pengundi Cina DAP untuk terus menikmati hidup sebagai wakil rakyat yang tidak perlu berbuat apa-apa selain menyertai demostrasi jalanan setahun sekali. Gaji ambil setiap bulan.

PRU14 tidak menunjukkan anjakan pola pengundi Cina, samada di bandar atau di kampung. Paling kuat hanya 15% Cina yang waras kembali menyokong kerajaan rakyat, Kerajaan BN. Kawasan bandar, Cina kekal menyokong DAP dan inilah anggapan atau formula Khalid Samad dan wakil rakyat Melayu pakatan harapan yang lain sandarkan. Untuk itu Khalid akan buat apa sahaja walaupun menjadi SIAL dan tunggangan DAP.

Khalid Samad sedar, kalau beliau tidak menonjol untuk perlihatkan betapa DAPnya beliau, maka beliau tidak akan diletakkan sebaris dengan Mat Sabu, Husam, Mahfuz dan lembu-lembu sial yang lain di mata DAP. Undi cina DAP menentukan hidup mati karier politik songsang mereka. Asalkan rakyat Selangor boleh ditipu, selagi itulah mereka mengumpul kemewan hidup berpaksikan politik semata-mata. Bagi mereka inilah masanya mengumpulkan segala kemewahan, kononnya ketika rakyat Selangor masih boleh ditipu.

Khalid Samad sedar, pengundi PAS tidak akan lagi memberikannya undi pada PRU14 akan datang. Begitu juga wakil rakyat PAS yang keluar parti dan sertai PAN. Mereka sedang congak dan selisihnya berkemungkinan mereka masih lagi mampu menang tanpa undi Melayu. Melalui kiraan inilah mereka perlu buat apa sahaja untuk DAP.

Kesian rakyat Selangor mendapat wakil rakyat yang tidak punyai watak sendiri dan menjual maruah diri hanya untuk kekal sebagai wakil rakyat. Dan tidak lebih dari itu. - MYKMU

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA