Kebanyakan Masyarakat Guna Kurang 4kg Minyak Masak Sebulan



KUCHING: Kebanyakan isi rumah menggunakan purata kurang 4 kilogram (kg) minyak masak sebulan.

Tinjauan Sarawakiana hari ini di beberapa lokasi mendapati secara purata seisi keluarga tidak menggunakan minyak masak sehingga mencecah 4 kg sebulan.

Umum mengetahui harga minyak masak paket 1 kg masih dalam subsidi kerajaan cuma harga bagi minyak botol yang telah diapungkan mengikuti harga pengedar di pasaran. 

Namun, pelbagai reaksi disuarakan pelbagai pihak sehingga ada yang mengecam kerajaan.



Menurut Hasmah Sarkawi, 36 seorang suri rumah, beliau bersama 7 orang ahli keluarganya hanya menggunakan sebanyak 2 kilogram sahaja minyak masak.

“Bagi saya ia bukannya satu masalah kerana bukannya setiap hari kita memasak dengan menggunakannya, kadang-kadang kita harus menyediakan makanan kukus atau rebus demi kesihatan,” katanya.


Lailatul Asma Jamaludin, 34 dan Cythia Ancha,45 yang hanya menggunakan kurang daripada 4kg sebulan berpendapat penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak ada pro dan kontranya.

Menurutnya ia mungkin tidak memberi kesan terhadap mereka namun perlu diingatkan golongan yang kurang berkemampuan.

“Kita semua maklum bahawa penduduk di kawasan luar bandar terutama yang berpendapatan rendah yang mana kenaikan harga minyak ini sememangnya akan membebankan mereka,” jelas mereka.

Jesteru, mereka berharap agar pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harus sentiasa memantau akan perkembangan semasa harga penjualan minyak masak di pasaraya juga di kedai-kedai runcit amnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA