Kaya Jual Buaya


KUALA LUMPUR: Mampu bergelar jutawan hasil kegiatan menyeludup kulit buaya tembaga dan cayman secara besar-besaran dari luar negara.

Aktiviti itu dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dengan berselindung di sebalik perniagaan barangan kulit.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar hasil serbuan sepasukan pegawai Wildlife Crime Unit (WCU) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) diketuai pegawai penguatkuasa, Celescoriano Razond di premis di Kajang, Selangor kelmarin.

Ketua Pengarah PERHILITAN Kadir Abd Hashim berkata, pemeriksaan jam 1.15 tengah hari itu susulan hasil risikan PERHILITAN terhadap aktiviti ahli perniagaan itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan itu pegawai PERHILITAN merampas 14,993 kulit buaya tembaga dan 82 kulit disyaki buaya cayman.- HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA