Kawasan Tanah Gambut Berpotensi Di Bangunkan

KOTA SAMARAHAN : Kerajaan melihat kawasan tanah gambut berpotensi untuk dibangunkan sekaligus mampu membangunkan kawasan pesisir dan luar bandar dengan lebih pesat.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak diliputi kawasan tanah gambut seluas 1.6 juta hektar merangkumi 13% keseluruhan tanah yang kebanyakkannya terdapat dikawasan pesisir Sarawak.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Majlis Perasmian Kompleks Makmal Kajian Tanah Gambut di sini pagi tadi.

Menurutnya, pembangunan kawasan tanah gambut telah dilaksanakan sejak beberapa generasi yang lalu melalui penanaman pokok rumbia dan kelapa secara komersial.

"Kini ia telah berkembang apabila tanaman sawit mula mempelopori kawasan tanah gambut dan menjadi sumber ekonomi terbesar Sarawak.

"Tanaman kelapa sawit telah menjadi salah satu industri yang cepat berkembang dan membangunkan kawasan pesisir serta luar bandar begitu pesat sekali," katanya.

Beliau turut berkata, atas ilham Tuan Yang Terutama Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika menjawat sebagai Ketua Menteri, kawasan tanah gambut kini berjaya menghasilkan pelbagai tanaman yang berpotensi untuk ekonomi negari setelah terbinanya makmal kajian tanah gambut selama ini.

Turut hadir Penasihat Makmal Kajian Tanah Gambut Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Biodiversiti Dr Annuar Rapaiee serta Dif-dif kehormat yang lain.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA