Kapal Marine Max III Terbakar

Foto ihsan bomba

BINTULU: Sebuah kapal Marine Max III yang dalam penyelenggaraan terbakar di kawasan industri Kemena, Jalan Bintulu-Tatau di sini pagi tadi.

Menurut sumber dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 10 pagi itu sebuah kapal terbakar dan pemilik kapal tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak bomba kerana api berjaya dipadamkan sendiri oleh pekerja kapal terbabit.

Kebakaran tersebut dipercayai berlaku akibat percikan api ketika kerja kimpalan dijalankan.

Bagaimanapun, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan mendapati kapal terbabit telah musnah 60 peratus-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA