Kanak-Kanak Retak Kepala Dihempap Pintu Kaca


FOSHAN - CHINA . Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas pintu kaca sebuah kompleks membeli-belah jatuh menghempapnya, Ahad lepas.

Menurut laporan Dailymail, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pintu kaca berkenaan tiba-tiba terjatuh ketika kanak-kanak berkenaan dan neneknya memasuki kompleks tersebut.

Neneknya yang menyedari pintu tersebut jatuh kemudian cuba menahannya menggunakan tangan namun gagal.

Mangsa yang berusia tiga tahun kemudian dibawa ke hospital dan didapati mengalami keretakan di bahagian tengkorak.

Dia bagaimanapun dilaporkan stabil.

Wakil dari kompleks membeli-belah berkenaan mengatakan pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA