Kanak-Kanak Dibunuh Di Tempat Kerja Ibu


LOS ANGELES: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati anak teman sekerjanya yang berusia tiga tahun di tempat kerja mereka di pinggir Los Angeles.

Ibu mangsa mengambil anak perempuannya dari pusat jagaan dan membawa kanak-kanak itu ke tempat kerja di kilang pakaian pada Isnin.

Apabila beliau meninggalkan mejanya, rakannya mula menikam mangsa tanpa amaran.

Kanak-kanak itu, dikenali sebagai Baby Ruby, meninggal dunia di hospital, kata Jabatan Polis Los Angeles.

Ricardo Augusto Utuy, 34, ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh. Motif pembunuhan tidak diketahui.

Jurucakap polis, Kapten Jorge Rodriguez, memberitahu Los Angeles Times saksi melaporkan melihat seorang lelaki ketawa dan bercakap sendirian.

Saksi turut memberitahu KNBC-TV, lelaki berkenaan baru sahaja diambil bekerja. - AP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA