Kanak-kanak Belajar Atas Takungan Pembiakan Aedes




KUCHING: Lebih 20 kanak-kanak Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kampung Bintawa Ulu berhadapan dengan risiko gigitan nyamuk Aedes apabila terpaksa belajar di atas dalam kelas yang di bawah premisnya penuh sampah dan air bertakung.

Mewakili suara penduduk, Muhamad Khalikh Yakup berkata, masalah yang sudah lama diaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan sehingga hari ini tiada jawapan.

"Bayangkan sembilan aduan kepada Biro Aduan Awam, beberapa kali turut nait mengaju kepada pejabat tempatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), sehingga sekarang tiada tindakan.

"Kami bosan dengan janji ikut prosedur, bosan dengan janji akan menyelesaikan kepada pihak atasan. Kami kerap mengadakan gotong-royong tetapi ia cuma kesan sementara, airnya tetap bertakung," katanya sambil menambah, penduduk mengharap sesiapa ada kuasa dan suara didengar supaya turun padang.

Jelas Khalikh lagi, penduduk amatr berharap PBT turun padang untuk melihat dengan dekat masalah berkenaan bukan sekadar menampal senarai kutipan cukai rumah.

"Jangan cuma kutip cukai, atau berjanji menyelesai masalah parit, turun ke lokasi dan tanya kami apa terjadi. Sanggupkah melihat kanak-kanak belajar atas timbunan sampah dan lubuk pembiakan Aedes.

"Mana pergi kempen hindari Aedes, cegah denggi. Kami tidak cukup tenaga dan dana untuk membaik pulih sistem peparitan ini. Makanya, merekalah yang turun padang," jelasnya sambil menambah, mereka mempunyai dokumentasi cukup berkenaan permohonan, aduan dan surat menyurat.

Jelasnya, keadaan yang sama menyebabkan banjir sering berlaku walaupun hujan sebentar apatah lagi musim tengkujuh bermula.

Khalikh berkata, bantuan banjir RM500 diterima penduduk terjejas tidak berbaloi dengan masalah yang penduduk tanggung.

Khalikh yang juga orang kuat PEKIDA kawasan berkenaan juga berkata, penduduk sedia memberi kerjasama jika ada pihak yang turun untuk memberi tindakan susulan. - UnReportedNews

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA