Juruterbang Lufthansa Rancang Mogok, Ratusan Penerbangan Dibatalkan


FRANKFURT: Syarikat penerbangan Lufthansa membatalkan ratusan penerbangan yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis apabila juruterbangnya merancang mengadakan mogok 48 jam, ancaman gangguan terbaru kepada operasi itu berikutan perbalahan mengenai gaji.

Kesatuan juruterbang dalam kenyataan berkata, semua penerbangan jarak jauh dan jarak dekat Lufthansa ke luar Jerman akan terjejas akibat tindakan itu, yang dirancang diadakan sehingga jam 12.59 malam waktu tempatan pada Khamis.

Mogok itu adalah yang ke-14 melanda syarikat penerbangan berkenaan berturut-turut dengan kesatuan Vereinigung Cockpit (VC) dan ia sudah membatalkan secara kasarnya 3,000 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu, menjejaskan 100,000 penumpang.

Lufthansa berusaha menghalang mogok berterusan pada Selasa selepas mahkamah buruh Frankfurt terdahulu menolak permohonan mendapatkan injuksi.

Namun hakim di mahkamah buruh negeri Hesse menolak rayuan syarikat itu dan berkata mogok boleh diteruskan, menambah perbalahan terlalu sukar untuk diselesaikan secara baik dalam bentuk injuksi yang dipercepatkan.

Kesatuan juruterbang mengumumkan mogok berterusan pada Khamis sebaik keputusan dikeluarkan.

Mogok pada Rabu akan berlanjutan daripada tengah malam dan menjejaskan penerbangan jarak dekat dan jauh yang berlepas dari lapangan terbang di Jerman.

Penerbangan oleh pesawat lain Lufthansa termasuk Germanwings, Eurowings, Austrian Airlines, SWISS dan Brussels Airlines, tidak terjejas berikutan mogok itu. - REUTERS

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA