Jurutera Warga Australia Minta Maaf


MIRI: Jurutera warga Australia, Andrew James Gaskell,22, yang ditemui selamat semalam memohon maaf atas masalah dan kesulitan yang disebabkan olehnya.

Perkara itu dinyatakan melalui Facebook(FB) miliknya pada 3.30 petang tadi

"Saya ingin memohon maaf atas segala masalah dan kesulitan yang disebabkan oleh saya," katanya.

Dalam kenyataan itu, Andrew mengaku menggunakan laluan yang tidak dibenarkan oleh pihak Taman Negara Mulu.

"Saya seharusnya memaklumkan kepada pihak Ibu Pejabat Taman Negara Mulu dan mendapatkan khidmat jurupandu, sekiranya saya mengikut peraturan, kejadian ini, dapat dielakkan," katanya.

Andrew turut berjanji akan mengikut peraturan taman negara selepas ini dan berharap orang ramai dapat belajar dari kesilapan yang dilakukannya.

"Pada masa akan datang, saya akan pastikan mengikut setiap peraturan yang ditetapkan oleh pihak taman negara," katanya.

Dalam pada itu, Andrew turut mengucapkan terima kasih semua pihak yang terlibat dalam operasi mencarinya sehingga dia berjaya ditemui.

Ketua Polis Daerah Marudi Deputi Superintendan Gabriel Risut ketika sidang media di Lapangan Terbang Miri hari ini turut menjelaskan punca kehilangan Andrew adalah disebabkan tindakannya menggunakan laluan 'sendiri' sehingga mengakibatkannya sesat dan terkandas.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA