• Jumpa Pistol Dan Peluru Ketika Memancing Di Sungai Lutong

    Published: Friday, 18 November 2016
    A- A+

    MIRI: Seorang pesara polis menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson beserta 50 butir peluru ditinggalkan di dalam beg plastik di tebing Sungai Lutong, di sini, pagi tadi.

    Memetik laporan Harian Metro, pistol berkenaan dijumpai pesara berkenaan ketika sedang memancing di tebingan sungai tersebut.

    Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan penemuan tersebut dan siasatan telah dijalankan.

    "Setakat ini, belum dapat dipastikan pemilik pistol berkenaan dan kenapa ia ditinggalkan," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jumpa Pistol Dan Peluru Ketika Memancing Di Sungai Lutong "