JSPT IPD Miri Keluar 92 Saman


MIRI: Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri mengeluarkan sebanyak 92 saman membabitkan 158 kesalahan dalam Op Bersepadu Motosikal  di bandar raya ini semalam.

Memetik laporan Harian Metro, operasi bermula jam 5 petang sehingga 12 tengah malam itu membabitkan tiga lokasi di Marina Bay, Esplanade Luak Bay dan Grand Old Lady.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sebanyak 57 motosikal yang terbabit dalam pelbagai kesalahan turut disita.

Menurutnya, antara kesalahan utama adalah nombor pendaftaran dan ekzos yang tidak mengikut spesifikasi dan tidak dilindungi insuran dan kesemua yang ditahan dibawa ke Balai polis Trafik Miri untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA