JPJ Nafi Kenaikan Kadar Fi Lesen LKM



KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bahawa terdapat pengumuman mengenai kadar kenaikan fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang melibatkan semua jenis kenderaan 8800cc ke atas bermula Januari depan.

Ekoran mesej yang tersebar melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp, pihak JPJ menegaskan bahawa informasi tersebut adalah tidak tepat dan palsu.

“JPJ memadang serius berkenaan perkara ini kerana ia sedikit sebanyak boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat awam.

“Kami menasihati agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber yang sah.” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, orang awam diminta untuk segera merujuk terus kepada pihak JPJ dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu tersebut.- Kosmo

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA