Jatuh Sungai Rajang, Ketika Punggah Barang


SIBU: Seorang remaja dipercayai lemas di Sungai Rajang pagi tadi semasa membantu memunggah barang dari jeti menggunakan titian papan ke kapal.

Mangsa dikenali Chung Kin Soon,20, dikatakan terjatuh ketika menjalankan kerja-kerja memunggah barang.

Menurut jurucakap bomba, panggilan diterima sekitar jam 9.10 pagi tadi.

"Sampai ditempat kejadian didapati benar berlaku mangsa jatuh ke Sungai Rajang. Ayah mangsa (Chung Foh Onn) memaklumkan mangsa yang jatuh adalah anak beliau sendiri.

"Kejadian berlaku semasa anak (mangsa) membantu memunggah barang dari jeti menggunakan titian papan ke kapal," katanya.

Sehingga berita ini ditulis nasib mangsa masih belum diketahui.-Sarawakiana






No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA