Janjikan Perhimpunan Aman Namun Keluarkan Kenyataan Menghasut



Kenyataan terbaru Naib Pengerusi BERSIH 5 Sarawak Ann Teo menjelaskan akan berkeras mahu mengada perhimpunan di Panggung Udara walaupun rayuan mereka kepada Ketua Menteri belum lagi mendapat jawapan.

Jelas mereka begitu terdesak dalam hal tersebut sehingga sanggup mengenepikan soal peraturan.

Dalam hal tersebut terdapat dua kuasa berbeza dalam penetapan perhimpunan aman di mana pihak polis mempunyai kuasa dalam mengeluarkan permit dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula memberi kebenaran lokasi perhimpunan.

BERSIH 5 seharusnya memahami kuasa yang telah ditetapkan dan tidak mengheret pihak berkenaan ke kancah politik jika mereka tidak mendapat kebenaran oleh mana-mana pihak berkuasa yang terlibat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How pula, mereka akan berhimpun secara aman dan menbuat kenyataan bahawa perhimpunam tersebut untuk mengajak rakyat Sarawak dan berharap rakyat Sarawak tidak lagi bertoleransi dengan manipulasi Barisan Nasional (BN) dalam proses pilihan raya.

Adakah itu sebenarnya perhimpunan aman sedangkan kenyataan Chee How jelas berbaur hasutan menyatakan BN telah manipulasi pilihanraya sedangkan beliau sendiri telah dipilih sebagai ADUN melalui pilihanraya yang telah diadakan.

Ternyata perhimpunan BERSIH 5 tidak relevan memandangkan apa yang dituntut telah menyalahi daripada perlembagaan kerana ia lebih bersifat provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA