Jangan Terperangkap Gesaan DAP


Samada sengaja atau tidak, Lim Guan Eng timbul dengan hasutan baharu yang mampu menggugat kerjasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Persekutuan. Guan Eng menghasut Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem serta kerajaan negeri dan komponen BN Sarawak untuk keluar dari Barisan Nasional jika Persekutuan gagal dalam isu autonomi Sarawak.

Apa yang pasti Guan Eng ingin lari daripada isu rasuah yang beliau hadapi kini. Maka provokasi dicipta untuk mengalih perhatian umum.

Dalam hal sedemikian, BN Sarawak perlu bertindak rasional agar tidak mudah terperangkap dengan permainan politik negatif DAP. Contoh kejayaan DAP menghasut apabila MCA mudah terpengaruh dakyah DAP melalui perhimpunan BERSIH 5 yang jelas menuding jari kepada 'Baju Merah'.

Walaupun DAP memang terkenal dengan pencipta propaganda, sedikit sebanyak ia mampu mempengaruhi komponen BN Sarawak dengan cara tidak langsung dan akan ada parti dalam BN yang mula terpengaruh.

Oleh yang demikian, BN Sarawak berhati-hati jika tidak mahu dipengaruhi kerana DAP terkenal dengan sikap kental mempengaruhi dan akhirnya BN akan tidak dapat dikawal jika salah satu parti komponen menjadi penyokong dakyah DAP. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA