Jangan hanya bergantung kepada simpanan KWSP untuk persaraan


PUTRAJAYA: Pelan persaraan awal dengan jumlah simpanan yang mencukupi amat penting bagi menjamin kehidupan yang selesa selepas bersara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, seorang pesara memerlukan sekurang-sekurangnya RM1,500 sebulan untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Katanya pekerja sektor swasta tidak sepatutnya hanya bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk menjamin persaraan yang selesa.

"Untuk lima ke 10 tahun akan datang, RM1,500 pun tidak mencukupi melainkan mereka bebas daripada hutang atau mempunyai simpanan lain.

"Bagaimanapun, ketika ini ada yang membeli rumah secara hutang sehingga umur 70 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.- BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA