Jadi Mangsa Gangguan Seksual, RapidKL Disaran Sedia Koc Wanita



BUKAN kali pertama, sebaliknya perkara yang sama sudah dilaporkan berlaku berulang kali.

Kes gangguan seksual ke atas golongan wanita ketika berada dalam tren sudah banyak kali diviralkan.

Beberapa hari lalu, seorang lagi pengguna tren LRT Putra membuat aduan yang sama melalui akaun Facebooknya.

Dakwa Syima Mohamad dalam status yang dikongsi 8 November lalu itu, dia mengalami gangguan tersebut dalam keadaan tren yang sesak dengan penumpang.

Biarpun cuba mendapatkan perhatian orang ramai dengan menjerit, namun Syima kecewa apabila tiada yang sudi menghulurkan bantuan.


Perkongsian Syima yang dimuat naik 8 November lalu.

Tinjauan di laman sosial mendapati orang ramai begitu marah dengan apa yang terjadi dan berharap ada tindakan proaktif diambil untuk mengelakkan golongan wanita terus menjadi mangsa.

Antara yang dicadangkan adalah agar pihak RapidKL menyediakan koc wanita, seperti yang dilakukan oleh perkhidmatan tren KTM.

Netizen juga melihat kekerapan tren, khususnya pada waktu-waktu puncak, antara cara yang boleh membantu mengelakkan hal yang sama berlaku.

Ini kerana insiden sedemikian kebiasaannya berlaku ketika tren penuh sesak dengan penumpang.

Dalam masa yang sama, netizen juga berharap orang sekeliling tidak hanya berdiam diri jika terserempak dengan kejadian seperti itu. - Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA